Koleksi Ustazah Nurul – Siaran | Facebook

Assalamu’alaikum. Sempena Hari Guru yang baru berlalu. Saya nak kongsi sikit cara yang betul menaip tulisan Arab dan Jawi dalam Microsoft Word terutamanya kepada Guru Bahasa Arab (GBA) dan Guru Pendidikan Islam (GPI). Mudah-mudahan membantu para guru untuk menyediakan kertas exam dan untuk menulis buku. Ia akan memudahkan juga typesetter untuk setting layout buku dalam Adobe inDesign. In syaAllah.

1st: Anda kena ada kedua-dua keyboard ni. Arabic & Jawi.

Jawi ni yang ada huruf ڤ، ڽ، ݢ، چ، ڠ، ۏ

# Cara nak install keyboard Arabic:

Secara umumnya: Pergi ke Setting/ Control Panel – cari Language / Change Keyboard – tekan Add Language – Pilih Arabic (Saudi Arabia). Jika ada pilihan lagi, pilih (101). Jangan tick box “set as my display language”.

Atau, anda boleh google je. Paling senang tengok video di youtube sebab ada cara yang berbeza untuk windows yang berlainan.

Ni contoh video cara install keyboard Arabic: https://youtu.be/Rr7lKBGswyg

# Cara nak install keyboard Jawi:

Pastikan anda telah setting keyboard Arabic dulu seperti di atas.

Then, pergi ke google drive ni: https://drive.google.com/…/1pBJNS7Rbo_mBj8cK-HV4DygtbyqQYrH…

Download file Program_Keyboard_Jawi. Setelah berjaya download, pergi ke folder download dan extract file rar yang telah di download tu ke new folder, boleh letak nama apa-apa.

Selepas dah extract, masuk new folder tu dan cari file “setup” kemudian, install. Sehingga successful.

Untuk pastikan anda telah berjaya install keyboard Jawi, lihat jam dan tarikh di taskbar computer anda. Tekan bahasa sebelah tu, jika ada jawi keyboard sirim tu maknanya dah berjaya la. Boleh rujuk gambar yang saya sertakan.

Kemudian, boleh cuba buka Microsoft Word.

2nd: Tips menaip Jawi/Arab dalam Microsoft Word:

# Pastikan anda tekan Right to Left Text Direction. Ada dalam gambar saya sertakan. Supaya betul anda tekan ke kanan pergi kanan, ke kiri pergi kiri.

Biasanya jika taip Melayu atau English, text direction nya dari Left to Right.

# Pastikan juga sudah Align Right agar tulisan Jawi/Arab anda bermula dari sisi kanan. Ada dalam gambar juga.

Biasanya jika taip Melayu atau English, tulisan bermula dari sisi kiri (Align Left).

# Pilih font yang mudah seperti Sakkal Majalla atau Traditional Arabic.

Kedua-dua font ni sesuai untuk Jawi dan Arabic. Saya paling suka Sakkal Majalla.

Jika anda inginkan font yang titik-titik tu, gunakan font abo-slman-alomar atau KFGQPC Dot Font.

3rd: Untuk ayat al-Quran pula, saya cadangkan anda copy paste ayat al-Quran dari laman web http://tanzil.net/#1:1

Sebelum copy ayat, pastikan anda setting dulu di tepi tu. Ada Translation, Quran & Display Options. Boleh rujuk gambar untuk setting yang betul.

Kemudian, setelah anda paste ayat al-Quran tersebut dalam Microsoft Word, penting untuk anda set semula font ayat Quran tu kepada font me_quran. Sebab kadangkala, font ayat al-Quran tu akan berubah bila paste ke dalam Microsoft Word.

Semua font di atas anda boleh google dan download. Jika tak jumpa, ada saya telah share dalam google drive.

Jangan risau jika anda tiada sticker Arabic di keyboard, boleh pakai On Screen Keyboard. Search je di Start. Tekan Start then taip osk. Nanti keluar. Kemudian boleh tukar keyboard sama ada ke Arabic atau Jawi.

Semoga berjaya, terima kasih.

Nasrullah Mustafa,

Editor Pendidikan Islam & Bahasa Arab KSPK, KSSR, KSSM

All copyrights for this article are reserved to Cikgoobe YT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *