869 kes baharu Covid-19, 4 kematian

Putrajaya: Penularan Covid-19 dalam negara kian membimbangkan apabila merekodkan 869 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif penularan wabak itu dalam negara sebanyak 19,627 kes dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 6,886 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua kes baharu dilaporkan membabitkan penularan tempatan, tiada kes import.

Beliau berkata, daripada keseluruhan penularan wabak itu, 9o peratus kes dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan penjara.

“Pecahan kes antaranya Sabah (451), Pulau Pinang (189), Selangor (159), Kedah (38), Kuala Lumpur (15).

“Selain itu, lima kluster baharu dilaporkan manakala empat lagi kematian,” katanya dalam sidang media secara langsung dari kediamannya hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, ada 302 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 12,561 kes.

“Sehingga kini, 91 pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 30 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, empat kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian bertambah 180 kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • All copyrights for this article are reserved to CNET

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *