Nasib malang si pencuri motosikal

Pekanbaru: Malang bagi seorang lelaki apabila tidak menyedari motosikal yang dicurinya itu dijual kembali kepada pemilik asal.

Tindakannya itu bukan saja gagal mendapatkan wang mudah malah dia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh suspek mencuri motosikal berkenaan pada 10 Oktober lalu di kawasan parkir hotel di Jakan Tuanku Tambusai.

“Mangsa menginap di hotel berkenaan dan menyedari motosikal miliknya hilang selepas keluar dari hotel berkenaan,” kata Ketua Polis Bukit Raya AKP Ary Prasetyo kepada portal Kompas.com.

Beberapa hari kemudian, mangsa dimaklumkan motosikalnya diiklankan di laman jualan dalam talian.

Mangsa bersama rakannya kemudian berusaha memperdayakan suspek dengan menyamar sebagai pembeli.

“Mangsa dapat maklumat motosikalnya dijual selepas ada rakannya yang melihat iklan jualan di laman jualan dalam talian.

“Mereka kemudian berpakat untuk menangkap pencuri itu dengan menyamar sebagai pembeli,” katanya.

Pada Rabu lalu, mangsa dan suspek bertemu di tepi jalan untuk urusan jual beli motosikal berkenaan.

Ketika berurus niaga, suspek kemudiannya ditangkap sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, suspek tidak sempat melarikan diri dan terkejut selepas dia ditangkap pemilik motosikal itu sendiri.

All copyrights for this article are reserved to CNET

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *