Covid-19: 7 kematian dalam 24 jam rekod tertinggi [METROTV]

Kuala Lumpur: Sejak pandemik Covid-19 melanda negara, hari ini mencatatkan jumlah kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam dengan tujuh kes dilaporkan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian adalah 187.

Lebih membimbangkan, 86 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 28 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media perkembangan Covid-19, hari ini.

Noor Hisham berkata, enam kematian direkodkan di Sabah manakala satu kes dilaporkan di Selangor.

GAMBAR hiasanGAMBAR hiasan

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 871 kes baharu direkodkan setakat jam 12 tengah hari, hari ini.

“Daripada jumlah itu, ia membabitkan 5 kes import dan bakinya 866 adalah penularan tempatan,” katanya jumlah jangkitan terbaharu itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 20,498 kes.

Dalam perkembangan sama, selain kes kematian tertinggi, kes sembuh direkodkan 701 hari ini juga adalah tertinggi pernah dilaporkan.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah 13,262 kes (64.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • All copyrights for this article are reserved to CNET

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *