Covid-19: 7 kematian dalam 24 jam rekod tertinggi

Kuala Lumpur: Sejak pandemik Covid-19 melanda negara, hari ini mencatatkan jumlah kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam dengan tujuh kes dilaporkan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian adalah 187.

Lebih membimbangkan, 86 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 28 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media perkembangan Covid-19, hari ini.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 871 kes baharu direkodkan setakat jam 12 tengah hari, hari ini.

“Daripada jumlah itu, ia membabitkan 5 kes import dan bakinya 866 adalah penularan tempatan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, selain kes kematian tertinggi, kes sembuh direkodkan 701 hari ini juga adalah tertinggi pernah dilaporkan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • All copyrights for this article are reserved to CNET

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *