Aku reda jika…

Kuala Lumpur: “Ya Allah, ku pohon padamu agar engkau mudahkanlah pembedahan ini esok.

“Seandainya pembedahan tidak berjaya, aku reda, namun ku pohon rahmat dan kasih sayangmu agar diberi kesembuhan buat anak tersayang,” demikian doa seorang ibu, Fatin Nabilah Ab Aziz.

Dia dan anaknya Mohamad Faqish Aryan Mohamad Yuslin Affiq, 1, akan menjalani pembedahan pemindahan hati awal pagi esok yang dijadualkan berlangsung selama 13 jam, satu detik sangat mendebarkan buat dirinya dan keluarga.

Ini kerana keadaan anaknya yang dipanggil Baby Aryan itu semakin lemah dan ditempatkan Unit Rawatan Rapi Pediatrik sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara sejak semalam untuk menstabilkannya sebelum menjalani pembedahan.

Katanya, selepas sekian lama mendapatkan rawatan akibat Biliary Atresia sejak kecil, pembedahan itu akan menentukan nasib anaknya itu.

“Saya mengharapkan rakyat Malaysia yang mengetahui kisah ini mendoakan kesihatan kami dan kejayaan pembedahan ini.

“Keadaan Baby Aryan semakin lemah menyebabkan pakar terpaksa meneruskan pembedahan ini atau kami akan berdepan keadaan lebih buruk.

“Jika ditakdirkan tidak berjaya, saya reda kerana saya sudah berikhtiar yang terbaik untuk mengubati penyakitnya. Hanya Allah yang tahu betapa saya sangat sayangkan dia,” katanya.

LAPORAN Portal Harian Metro sebelum ini.LAPORAN Portal Harian Metro sebelum ini.

Harian Metro 18 Oktober lalu melaporkan, Fatin Nabilah sanggup mendermakan sebahagian kecil daripada hatinya kepada Baby Aryan sebagai jalan terakhir untuk melihat anaknya itu kembali sembuh.

Katanya, keputusan itu dibuat demi menyelamatkan anaknya itu agar dapat meneruskan kehidupan biasa seperti kanak-kanak lain.

Keluarganya juga mengadakan solat hajat dan doa selamat di kampungnya di Jalan Bayam Kota Bharu, Kelantan serta rumah saudaranya di Ampang malam ini.

Sebelum ini, dia dan suami buntu mencari baki RM12,000 untuk menampung kos pembedahan berkenaan.

Bagaimanapun, ramai penyumbang tampil menghulurkan bantuan termasuk mendoakan kesihatan dua beranak terbabit.

Berita berkaitan

• ‘Ambillah hati ibu nak…’

• Alhamdulillah, dana sudah cukup…

All copyrights for this article are reserved to CNET

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *